Monday, October 25, 2010

lirik 24 [edisi istimewa]

[syafiq syahidzat's type]

saya sayang dia
dia sayang saya

dia tahu isi hati saya
saya faham isi hati dia

saya selesa bila dengan dia
dia selesa bila dengan saya

dia adalah diri dia
dia tak perlu ubah apa apa demi saya
andai dia tersasar
saya akan kembalikan dia
dan sebaliknya

saya tak pernah keluar berdua dengan dia
beramai ramai pun tak pernah
saya malu la
dia pun malu

saya tak pernah sentuh dia
dia pun tak pernah sentuh saya
walaupun saya selalu bermimpi
untuk berjalan di taman tasik
sambil memegang tangan dia
dia malu la
saya pun malu

saya tak pernah panggil dia
sayang, honey
dia pun tak pernah panggil saya
hubby, darling
walaupun saya nak sngt dengar dari mulut dia
saya malu la
dia pun malu

adakala saya akan sibuk dalam beberapa hari
saya akan bagitau dia supaya dia tak rasa bersendiri
dia akan cakap "takpe, saya faham=)"
dia pesan lagi, jaga diri
lepas tue dia wish "all the best...fighting^^"

bila ada keramaian dia jemput saya ke rumah
tapi dia tak muncul depan saya
dia cuma berlegar di dapur sempurnakan makan minum saya
"takpe, saya faham=)"
dia malu la
saya pun malu

bila saya ke rumah dia untuk hantar sesuatu
dia akan marah saya
"kenapa tak bagitau dulu nak datang"
"kat luar tu panas la nnt dehydrated"
saya tak kan lama dirumah dia
saya malu la
dia pun malu

dia takda facebook, blog, twitter dan sebagainya
dia malu la
saya lagi suka dia macam tu
tak perlu saya kawal gambar gambar yang dia post
takda sesapa ada peluang untuk tengok aurat dia
kalau tak
saya pun akan rasa malu

saya kena belajar sungguh sungguh
untuk dapat kerja yang terbaik
pendapatan saya mesti cukup untuk kehidupan kelak
sebab dia lebih suka duduk kat rumah
uruskan hal hal rumah dan keluarga

dia seorang yang baik
setiap kata kata dan perlakuan dia
tak pernah cacat
dia jaga tatasusila dia
dia jaga adab dia dengan orang tua
dia peramah dan sukakan kanak kanak
dia ada malu sebagai benteng keimanan

dia dan saya malu
malu dengan Tuhan
malu dengan keluarga
malu dengan masyarakat

dia dan saya akan bersabar
sampai ada ikatan sah antara saya dan dia

indah kan cerita saya dan dia???
anda bagaimana???

percayalah percintaan selepas perkahwinan
itu adalah berjuta juta kali lebih indah=)
kerana disitu adanya syurga cinta

2 comments:

ridhwan said...

katekan hye pada cik .... =)

inspirasi arjuna said...

haaaah...jgn mengarut.....