Wednesday, May 11, 2011

musuh 5

menjejak kaki pertama kali ke masjid bangunan tabung haji. penulis ada training OLGA kt sana, training software untuk wat well modeling la..hehehe:)

makan sudah, solat zohor plak, turun lift ke aras "G" dan berjalan keluar dari "menara G"..
masjid untuk solat jumaat dgn label "surau"
rekaan unik dengan hanya menampakkan kubah jernihnya
penulis menjejak kaki ke dewan solat

"perlu diingat musuh kita itu lima, perlu diingat dan diketahui ya" kata ustaz berkopiah coklat dan berbaju ala2 jawa gitu..

haaa arinie ustaz syafiq plak nk bg tazkirah, antum sekalian tau? siapa musuh2 orang beriman?
nie nak citer nie...

musuh orang2 beriman tue ada 5 kesemuanya,
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Seorang mukmin selalu dikelilingi lima musuh yang membahayakan, iaitu seorang mukmin yang hasad, orang munafiq yang membenci, orang kafir yang memerangi syaitan yang menyesatkan dan hawa nafsu yang menyeretmu."

hadith riwayat Termidzi.

nampak?org cakap sudah terang lagi bersuluh ada lima musuh yang perlu dijauhi. xmo citer panjang..
nidia nk citer pasal yg pertama jer arinie.

""orang mukmin yang hasad"
maknanya dengkila tue..orang2 mukmin yang dengki itu diletakkan sbg yg pertama dan perlu kita semua ingat jangan sesekali kita ditipu mereka dan paling penting jangan kita plak tergolong dalam golongan mereka. nauzubillahi...

orang2 mukmin yang dengki itu juga diibaratkan seperti musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, seperti jgk penumpang kapal besar yang berlayar di lautan china selatan dan apa orang tue wat? dia tebuk lubang kt bawah seat dia. mana kita tau bawah seat dia kan, kalau dia tebuk pakai yg tool yg besar2 boleyh la kita angkat geng kampung dusun beramai2 belasah si mamat tue...tp kalo dia tebuk senyap2 masak la kita..ttiba jer masuk air dlm kapal kita...sy da la xpandai berenang..adehhh...

begitu hebat penangan si mukmin yang hasad ini kpd agama kita seluruhnya...ingatlah antum sekalian insan yang hebat lahir dari hati dan lisan yang hebat. andai rosak kedua ini, hati terutamanya rosaklah seluruhnya.

urmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
huh! adehh ustaz da xda idea nk ckp jpe lg di lain kali di hari dan waktu yg sama..di tvvvvv..

plupp...(elektrik tputus)...

No comments: