Monday, October 24, 2011

hanyut dalam ombak cinta

"kalau kail panjang sejengkal,
lautan dalam jangan diduga"

"kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai"



bercinta bagai nak seluruh alam milik mereka berdua
akulah "king" dikaulah "queen"

cinta tanpa ilmu
dan kesedaran tentang akibat dan mudarat esok lusa
dan janji janji manis dari mulut si pujangga cinta

untuk bersedia untuk hadapi segalanya berdua
tanpa si punjangga cinta
kenal selok belok dunia realitinya
yang lebih hebat dugaan dari fantasi yang dia cipta

si gadis manis yang lemas dan hanyut
dalam madah dan bicara
dalam fantasia janji
tanpa kenal lagi dunia nyata

apa berlaku di klimak cerita tiada siapa pun tahu
si pujangga lenyap bagai mati tidak berkubur

si gadis terkurung berkunci dalam dunia khayalan pujangga
tersesat dan gelita
menangis

gadis itu meminta bantuan

tapi entahlah
Hidayah milik Allah
sepenuhnya

setiap masalah ada penyelesaian
Allah pasti ada dan akan selalu ada
kepada hamba yang cantik
kerana Dia Maha Cantik
dan suka kepada yang cantik

1 comment:

Anonymous said...

dgr la lagu pencinta wanita :)