Friday, October 7, 2011

Saudagar TALI Unta!


Ini kisah Abdul Rahman bin Auf. Kisah penghijrahannya ke Madinah.


Setelah dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan Saad Al-Ansari, ditawarkan oleh Saad pelbagai macam perkara. Sebut sahaja. Rumah, harta, sehinggalah isteri sanggup diserahkan sekiranya saudaranya dari Makkah itu berkehendakkan akan ia. Abdul Rahman menolak. Tetapi apa yang diminta adalah sedikit modal untuk berniaga. Saad memberikan modal dan mengganggapnya sebagai sedekah. Abdul Rahman menolak, sedekah sebaliknya berjanji akan menggantikan wang tersebut. Bagi Abdul Rahman, tidak sepatutnya dia menerima sedekah pemberian Saad.

Abdul Rahman memulakan perniagaan di pasar Madinah. Pasar-pasar di Madinah dikuasai oleh Yahudi. Untuk menguasai Madinah, kuasa ekonomi juga amat perlu. Abdul Rahman memulakan perniagaan di Madinah berbekalkan modal yang diberikan oleh Saad al-Ansari. Abdul Rahman membeli unta dengan modal yang diberikan. Kemudian menjualnya semula dengan harga yang sama.. Begitulah keadaannya. Beli unta dan jual semula. Kemudian beli unta lain, kemudian jual unta, beli. Jual, beli, jual, beli, jual, beli, jual  dan...
Dan akhirnya Abdul Rahman bin Auf menjadi jutawan di Madinah. Bagaimana? Sedangkan jika dilihat, beliau langsung tidak mendapat untung?

Hakikatnya, untung yang diperoleh oleh sahabat Rasululullah ini letaknya pada tali unta tersebut. 

Mengapa tali?

Setelah membeli unta, Abdul Rahman mengambil tali pada unta. Tali tersebut disimpan. Kemudian dia menjual unta itu dan membeli unta lain. Setiap unta yang dibeli, diambil talinya. sehingga banyak tali yang dimiliki oleh Abdul Rahman bin Auf. Malah, Madinah menghadapi masalah kekurangan bekalan tali unta! Hal ini menyebabkan saudagar saudagar unta memerlukan tali. Tali unta amat penting kegunaanya untuk menambat unta, seperti brek! Tali- tali tersebut dijual oleh Abdul Rahman bin Auf. Strategi perniagaan ini cukup bijak sehingga dapat menggugat ekonomi Yahudi ketika itu.

Jutawan Makkah, saudagar ternama sebelumny, Abdul Rahman bin Auf mengukuhkan ekonomi umat Islam di Madinah, hanya dengan menjual tali unta...saudagar TALI unta!

Sumber: http://afifabdulmajid.blogspot.com 

No comments: