Monday, June 4, 2012

Kopiah I

Assalamualaikum,

***Muqhaddimah***

Costume aku untuk pergi kenduri adalah baju kemeja lengan pendek, seluar slack, sandal dan yang paling penting adalah kopiah putih.

Costume? ye, boleh aku katakan costume sebab sejak dari sekolah menengah lagi aku dilatih oleh ibu kesayangan aku untuk berpakaian begitu ke kenduri kahwin. Berpakaian begitulah aku menuju ke sebuah kenduri perkahwinan di Titi Gantong semalam.

Kami mungkin sampai sedikit lewat kerana kelihatan jemputan di bawah khemah kenduri sudah pun surut dan kelihatan juga pengantin sudah keluar untuk bersalam salaman dengan jemputan yang ingin pulang. Panas terik tengah hari kat sini. Effect global warming semakin dirasai mungkin suhu dunia sudah naik lagi beberapa darjah Celsius.

Setelah selesai bergambar bersama pengatin, kami pulang. Singgah sebentar berehat di restoran Roti Segar Ayer Tawar. Alhamdulillah, restoran tue ada penghawa dingin, kurang-kurang dapat jugak kami bersejuk sejuk di dalam restoran. Nak makan, masih kenyang. Minum sajalah.

Dragon Fruit Blended + Lychee Kang menjadi pilihan untuk menyejuk badan.

***Kisah***

Aku masih berkopiah putih. Suasana dan pandangan orang terhadap aku terasa sedikit berlainan, ramai orang yang senyum kepada aku. pelik!

Belum pernah setiap orang yang bersemuka dengan aku senyum setiap kali bersemuka. pelik!

"Bila saya menutup aurat, semua orang menghormati saya.." di dalam lamunan dengan kata-kata Irma (pelakon yang kini bertudung).

Mungkin inilah yang dirasai oleh perempuan yang bertudung sempurna. Setiap orang yang melihat akan positif dengan kita yang berpakaian dengan identiti Islam. Bukanlah bermaksud, aku berkopiah untuk dihormati. Tetapi anggapan masyarakat pada orang yang berkopiah di tahap yang tinggi.

"mungkin ustaz, mungkin cikgu, mungkin anak tok guru, mungkin imam..tak kisahlah yang penting dia mesti ada ilmu dan dia seorang yang baik" Mungkin itu tanggapan masyarakat pada si pemakai kopiah.

***Sebaliknya***

Teringat kisah seorang Ulama dengan serban besar.

Seorang Ulama tersohor masuk ke sebuah negeri dengan menaiki seekor keldai. Ramai peniaga peniaga dan rakyat di negeri tersebut tersenyum dan bersorak gembira kerana menganggap seorang ulama telah datang ke negeri mereka.

Berpusu-pusu orang datang bersalam, menyapa, ada juga ingin memberi hadiah dan semuanya menggelar Ulama tersebut dengan panggilan Tuan.

Ulama tersebut bertanya "Mengapa kamu semua sangat mengalu-alukan kedatangan aku?"

"Kerana tuan adalah seorang Ulama yang sangat berilmu"

"Bagaimana kamu tahu aku seorang Ulama?"

"Kerana tuan memakai serban yang besar di kepala"

Ulama tersebut lantas menanggalkan serbanya dan meletakkan ia diatas kepala keldai tunggangannya.

"Huh, kini keldai aku yang memakai serban yang besar, Jadi kamu raikanlah kedatangan ia"

No comments: