Friday, June 1, 2012

Gambar awek

"Keburukkan manusia itu adalah pada sifat ia selalu lupa pada apa yang dimilikinya dan selalu ingat pada apa yang dimiliki orang lain"
-Pujangga-

assalamualaikum,

Aku menonton sebuah siri televisyen yang ditayangkan di United Kingdom, bukan kerana aku sudah menjejak kaki di tanah tumpah Sir Gerald Walter Robert Templer itu. Hanya ke internet.

Bukankah dunia kini dihujung jari? Hanya perlu berlayar ke internet sahaja. Semudah 1,2 dan 3.

Sebuah rancangan reality TV iaitu program "Make Me a Muslim" yang dikelolakan oleh seorang pendakwah yang dikenali sebagai Imam Ajmal dan beliau di bantu oleh 3 orang pendakwah lain.

Rancangan ini mengetengahkan 5 orang rakyat Britain yang tak pernah mengenali Islam dan cara mereka hidup jauh menyimpang dari cara hidup Islam. Mereka dipilih dan diberi pilihan sukarela untuk hidup dengan cara hidup Islam selama 3 Minggu.

Peserta terdiri daripada:
1. Seorang arkitek lelaki yang hidup dengan teman wanitanya tanpa berkahwin
2. Seorang pekerja salon perempuan yang kuat berpegang kepada ajaran christian
3. Seorang pemandu teksi yang kuat minum arak dan makan daging babi
4. Seorang jurumekap yang gay
5/ Seorang perempuan yang bekerja sebagai model majalah lucah

Mereka perlu meninggalkan semua tabiat dan cara hidup mereka yang lama dan hidup dengan cara hidup Islam selama 3 minggu. Pelbagai perkara berlaku dalam episod pertama. Aku melihat bagaimana 4 orang pendakwah ini berhadapan dengan bermacam-macam perkara.

Dan konklusinya benar kata Allah, mencari dan mempercayai pada Tuhan yang satu itu adalah fitrah manusia. Semakin mereka memberontak untuk menolak semakin dekat kebenaran menghampiri hati mereka.

Aku tertarik pada satu scene dimana peserta yang bekerja sebagai model tersebut diajar untuk berpakaian menutup aurat. Dia menyoal dan diberi jawapan.

"This is for our own safety, and this is especially to protect our body and our pride. I cover my body and I will not let any other mans enjoy me except my lovely husband"

Aku terfikir juga pada suatu kisah lama dulu. Pernah berada di zaman percintaan yang cetek. Gambar aku dan si dia dijadikan wallpaper telefon bimbit kami berdua.

Alhamdulillah kemudian aku tersedar. Even Allah sendiri menjaga maruah mereka dengan hijab untuk kaum perempuan dan aku yang berkeinginan untuk menjadi penjaga mereka menjatuhkan maruah mereka di khalayak ramai dengan sekeping gambar. Aku menginsafi,"awak,saya minta maaf".

Carilah peringatan kepada Allah biarpun sepatutnya sudah cukup kota diingatkan kepada Allah 5 kali sehari. Namun dengan cabaran dan hati yang tidak faham konsep Islam, Iman dan Ehsan ini kita buta tentang perkaitan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kita menganggap solat, puasa, zikir, doa dan sebagainya adalah semata mata Ibadat dan tidak lebih daripada itu. Kita salah!

Cari kebenaran, kerana ia hanya berada dekat dengan kita, cuma kita sahaja yang buta.

No comments: