Tuesday, August 27, 2013

Rig dan bukan platform

Assalamualaikum w.b.t

Alkisah..
tersebutlah kisah..

Aku sebagai seorang Drilling Engineer. Namun macam alien bila aku ceritakan apa benda aku buat atas rig nie tengah2 laut China Selatan.

Jadi ada baiknya aku jelaskan sedikit kecelaruan yang biasa aku hadapi. Terutamanya kepada orang-orang berkaitan dengan aku secara langsung kerana sedikit seganlah kalau ditanya dan mereka sendiri tidak tahu.

Macam isteri tak tahu apa kerja suami dia. Haa mcm tuelah lebih kurang keadaan dia.

Dalam post nie aku nak jelaskan perbedaan antara RIG dan PLATFORM.

Bila aku ke laut mesti orang akan tnya:
"naik platform mana?"

Jawab aku:
"saya tak naik platform =)..saya naik rig"

Ada beza ke?menatang apa pulak RIG tue?

Biar aku jelaskan apa menatang semua tue dalam bahasa manusia di bumi.

PLATFORM - biasanya kalau kerja petronas mesti dikaitkan dengan platform. Platform ini statik. Tak boleh gerak, itulah sebabnya biasa orang tanya "platform di mana?".

Platform ini tempat tengah laut tue (Kes pelantar luar pantai) yang dah mula produksi minyak atau gas. Dia memang tak gerak dah dan memang tak boleh gerak pun. Yang kat tengah laut dan menyala api tue, itulah platform generally.

Jadi sebagai JURUTERA PENGGERUDIAN, saya tidak bekerja di platform. Saya bekerja di Rig.

RIG - pun dibahasakan sebagai pelantar jugak tetapi nama penuhnya asal2 adalah Drilling Rig iaitu Pelantar Penggerudian. Rig tidak static, dia mobile. Dia boleh drill/gali/gerudi disana sini. Biasanya ikut kontrak, lepas siap drill di satu tempat dia akan berpindah ke tempat lain pulak.

Jadi sebagai Drilling Engineer susah saya nak jawab soalan "dimana". Sebab hari ini/bulan ini, rig ini disini, esoknya di tempat lain pulak.

Rig ini pula ada banyak jenis. Dan yang paling popular di Malaysia adalah jenis Jack-up, Semi-submersible dan Barge-tender. Cukuplah setakat ini. Nanti dalam2 pening pula.

Saya cuma nak bezakan platform dan rig sahaja.

"Saya Drilling Engineer dan saya bekerja di Rig dan bukan Platform."

Sekian.

No comments: