Sunday, August 18, 2013

Tips Mudah Untuk Menangkap Gambar Yang Cantik

Assalamualaikum w.b.t

Tips Mudah Untuk Menangkap Gambar Yang Cantik bukanlah tutorial untuk dapatkan gambar yang tip top, meletup, WOW dan seangkatan dengannya. Tetapi cukuplah sekadar boleh diterima akal dan kawan-kawan di FB takkan juih mulut kat anda lepas anda upload dan tag gambar-gambar mereka yang anda snap.

Tips ini adalah basic sahaja dan saya tidak fokuskan kepada pengguna-pengguna DSLR semata-mata (sebab ia akan lebih rumit). Pengguna-pengguna kamera digital dan kamera handphone juga boleh beramal dengan tips ini. Inilah ada Basic Tips sahaja.

Tak payah cakap banyak. Kita mula..

Bahagian I: Persediaan.

1. Kenal pasti Gear anda.
Senang cerita pastikan anda faham dan fasih menggunakan kamera anda. Macam mana nak tukar mode dan sebagainya. Ini akan buat anda lebih senang nak bertindak bila satu-satu jenis mode terpaksa digunakan kerana kondisi suasana tempat yang yang anda nak snap gambar. Macam Night Mode, Indoor dll.

Kepada pemilik kamera digital. Lebih senang kalau anda beli kamera yang ada mode intelligent scenery. Mode ini akan mengesan dan menukar scenery mode kamera anda secara automatik. Lagi senang. Tak payah terkiyal-kiyal nak test satu-satu mode.

2. Turn On Grid Line.
Ini adalah perkara paling utama bila anda ada kamera. Sila turn on Grid Line. Kebanyakkan kamera digital ada aplikasi grid line ini.

Apa benda pulak grid line? Nie benda nie:



Line putih tue la dipanggil grid line. Kalau tak tau macam mana nak turn on, sila baca manual. Untuk kamera yang bagi pilihan grid line macam mana yang anda nak turn on. Sila pilih seperti diatas iaitu 3x3 Grid line. Saya akan ceritakan kepentingan grid line ini di bahagian seterusnya. Apa penting sangat grid line ini.


Bahagian II: Menangkap Gambar

1. Kenal pasti APA benda yang anda nak snap.
Maksudnya disini, sila kenal pasti apa benda yang anda nak snap. Dalam erti kata lain, anda nak gambar macam mana:

(kalau gambar orang)

  • Gambar orang sorang-sorang kah (potret)
  • Gambar orang berkumpulan ramai-ramai kah (Landscape)

Senang nak cerita, gambar yang anda nak snap tue, ada 1 objek atau banyak objek yang nak di snap.

2. 2/3 (Dua Pertiga) Rule.
2/3 rule ini adalah guideline yang mudah untuk anda mendapat komposisi gambar yang menarik. Senang sahaja.

  • Bahagikan screen or frame gambar yang anda nak snap kepada 3 melintang dan menegak (senang cerita turn on Grid Line).
  • Kenal pasti background kepada objek yang anda nak snap.
  • Cari satu garis melintang sebagai rujukan. Contohnya snap gambar dekat pantai. Masa tue pantai yang cantik atau langit yang cantik? Kalau langit yang cantik. Penuhkan 2/3 dalam gambar anda dengan langit dan 1/3 dengan pantai.
  • Contoh dibawah. Langit lebih menarik, jadi langit akan menjadi 2/3 daripada background dalam gambar tersebut.

  • Kemudian letakkan objek anda di mana-mana garisan menegak sama ada di kiri atau kanan.
  • Contoh dibawah: Kapal layar sebagai objek. Diletakkan di garisan menegak sebelah kanan.

  • contoh lain:

Boleh diaplikasi untuk landscape atau potret (seperti dibawah)


3. Horizontal dan Vertikal Line. (tak mau gambar senget)
Yang nombor 3 ini adalah optional untuk kebanyakkan orang tetapi wajib untuk saya dan photographer yang lain. Horizontal line mestilah wajib diikut.

Maksudnya tak mau gambar senget-benget. Newbie selalu terpengaruh dengan cara snap gambar yang senget benget ini kerana skil ambil gambar senget ini adalah trick untuk menipu mata. Gambar senget-benget ini akan kelihatan cool walaupun langsung tak cantik. Sila elakkan ambil gambar senget-senget ini.

Kalau anda suka snap gambar senget-senget ini, sila jangan post dalam group photographer kerana anda akan mendapat kutukan dan sumpah seranah sehinggakan anda rasa menyesal post gambar tersebut dalam group itu. Gambar senget akan menjatuhkan tahap professionalism gambar anda.

Cara paling mudah nak elakkan gambar senget adalah: Turn on Grid Line. Pentingkan..grid line td?

Contoh gambar tak ikut Horizontal Line Rule:


Walaupun gempak. Lawa. Takkan anda nak framekan gambar senget macam nie dan gantung kat dinding. Orang akan pusing-pusing kepala nak tengok macam sedang berada di pameran lukisan abstract.

Sekali lagi, elakkan menyalahi Horizontal Line Rule.

4. Full Frame (gambar yang nampak semua muka orang)
Saya tidak maksudkan full frame kamera. Iaitu kamera yang boleh snap keseluruhan gambar yang anda lihat. Luas ya 'amat kata orang Kedah. Tapi saya maksudkan dalam frame yang anda snap. Pastikan mimik muka dapat dilihat dalam gambar tersebut.

Terutama kalau snap gambar orang ramai-ramai berkumpulan. Orang yang tak jaga frame akan snap gambar seperti dibawah:


Terlalu banyak ruang di atas, bawah, kiri dan kanan objek. Dan ruang tersebut tidak significant dan tidak perlu dalam gambar. Kan bagus kalau ruang sekeliling objek tersebut dikecilkan. So akan nampak wajah-wajah dalam gambar tersebut dengan lebih jelas. Maknanya, Photographer perlu dekat lagi dengan objek untuk penuhkan muka mereka dalam frame.

Contoh gambar yang yang baik pula seperti dibawah:


Ruang sekeliling terutama bawah kiri dan kanan digunakan sehabis baik membuatkan mimik muka setiap yang didalam gambar nampak lebih jelas. 

5. Lens Level. (cara berdiri)
Lens level adalah kedudukan lens semasa gambar diambil. Ramai atau terlalu ramai orang yang menyalahi rule ini ketika snap gambar terutama photographer yang menggunakan kamera handphone, tablet dan yang sewaktu dengannya.

Kesalahan mereka adalah, malas nak bongkok kan badan untuk rendahkan posisi lens. Ramai orang akan pegang kamera dan snap dari ketinggian mata dan dada mereka. Sebab senang. Pegang dan snap. Dari ketinggian tersebut. Objek atau orang dalam gambar akan kelihatan pelik, (kaki kecik-kepala besar) dan pendek.

Jadi rendahkan badan, bongkok atau berlutut untuk snap gambar orang seperti diatas. Biasanya shoot pada paras pinggang atau pusat. Maka ratio kaki dan kepala akan sama. Objek akan lebih tinggi dan lebih normal.

Bagi contoh takda lah pulak contohnya. Sapa tak faham bahagian nie nnt komen tanya secara personal lah..susahlah nak cakap. Pointnya adalah jangan ambil gambar dengan pegang kamera diparas dada ke mata anda. Rendahkan paras kamera ke center ketinggian objek dan shoot secara lurus kedepan.

6. Image stabilization. (tangan getar)
Last adalah tips mudah untuk mengatasi masalah tangan getar waktu snap gambar. Shoot gambar nie actually macam snipper tengah tunggu nak shoot di masa dan ketika yang sangat tepat. So bila nk shoot, terutama bila suasaana low light gambar mesti akan blur.

Pada pemilik Canon, Fujifilem, Olympus mungkin tak mengalami masalah ini sebab dah di counter dengan adanya auto image stabilization built in dalam kamera. Kalau Nikon, terutama kamera Nikon yang murah. Anda akan hadapi masalah ini.

Cikgu saya ajar. Senang sahaja. Masa kira 1,2,3 tue. Photographer tarik nafas, tahan nafas dan snap. Maknanya. Waktu tekan butang snap kat kamera tue tahan nafas. So badan anda akan stand still dan gambar pun tak gegar. Kalau gegar jugak sila pasang atas tripod dan pasang timer untuk shoot atau pakai remote untuk shoot bagi yang memiliki DSLR.

7. Praktis.
Yang ini paling penting. Walaupun lepas anda tahu tips ini. Anda perlu biasakan diri, lebih banyak anda praktis lebih cepat anda set up untuk snap. Masa saya mula nak beramal dengan tips ini saya juga ambil masa yang lama snap satu gambar. Paling susah nak dapatkan 2/3 rule dan horizontal line.

Lama kelamaan, sebab dan selalu shoot. Anda akan dapat mengagak dengan cepat walaupun tanpa turn on grid line. Selamat beramal dan praktis selalu.

--

Cukup setakat ini sahaja tips mudah untuk menangkap gambar yang cantik. Ada lagi tapi lain kali lah pulak. Bahagian II ka kalau saya ada masa nak tulis. Bahagian II mungkin akan lebih rumit dimana anda akan mengambil masa yang lama untuk set up kamera anda atau menunggu masa yang sesuai untuk snap. Anda dah tak boleh nak main snap sahaja sebab anda dah tahu nilai sesuatu gambar.

Contoh gambar-gambar yang saya penah snap dulu. Saya kompilasikan dibawah.












Kita akan bercakap pasal Balance, Langgar Rule But Creative dan beberapa camera trick dalam bahagian seterusnya insyaAllah. 

Sekian terima kasih.

4 comments:

Anonymous said...

Nak tnya... Gmbr yg awak snap tu guna lens ape ye ?

inspirasi arjuna said...

18-35 f/3.5 - Basic Lens dapat masa beli kamera

Unknown said...

Mcm mana buat gmbr yg mcm ni.sy pkai nikon d5100 ..so bru bljr..ni mode or auto?

yorks yorks said...

Assalamualaikum.....nak ty skit....camne nak seimbangkan gambar masa ambik gambar awan ye....apa yg slalu jd...bila cuba nak fokus pd 1 bentuk awan....ianya jd kurang menonjol sebab awan2 lain tu...nak kena adjust komposisi ke mcmana