Wednesday, September 25, 2013
Telaga Berkuah
"Tengok belakang dia..berkuah"
"Apa? Apa?"
"Berkuah belakang dia.."
"Apa? Apa?"
"Berkuah."
"Apa tue?"
"Berkuah laa, berpeluh."
Mana ntah datangnya penggunaan perkataan BERKUAH kepada orang untuk menggambarkan orang tue berpeluh dan peluh tue nampak basah di baju. Aku baru dengar tadi. Hurmm macam-macam bahasa orang kita nie.
5-6 tahun lepas, masa aku join PLKN. Oh! salah, masa aku diwajibkan menyertai PLKN oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, dalam kompeni Delta tue adalah sorang budak lelaki yang di gelar "Pak Cat". Nama penuh dia aku langsung tak ingat, dan tak dapat nk recap pun.
Pak Cat nie punyai tubuh besar, gemuk, tinggi. Dah dia bersaiz yg paling besar dalam kompeni Delta so for sure dia akan duduk barisan ke tiga dan lajur last sekali. Kalau dia berdiri kat tengah2 maka barisan tue akan jadi tak lurus sebab dia akan menolak orang di kiri dan kanan terkeluar daripada kedudukan mereka yang sebenar untuk memuatkan badan dia dalam barisan tersebut.
Bila dah nama PLKN nie, lapor diri dalam barisan kawad adalah perkara wajib yang kami buat setiap kali sebelum memulakan aktiviti, termasuk aktiviti lepas zohor dibawah terik mentari, diatas tar yang membahang kami macam ayam bakar bazaar ramadhan, yang sedang dipanaskan sementara menunggu pelanggan datang membeli. Apa nasib pak cat?
Pak Cat pun apa lagi, berpeluh basah kuyuplah cerita dia. Sampai basah baju loreng dia yang tebal tue. Kompeni Delta nie pulak banyak budak separuh mental, jenis gila2 nie. Depa (mereka) nielah yang gelar Pak Cat dengan nama "Telaga".
"Sarjan! cepat sikit..Telaga dan melimpah penuh dah nie.."
"Hahahahahahaha.." geng Delta gelak sepuas hati. Sementara budak2 kompeni lain pikir apa yang lawak sangat sampai depa duk gelak sakan. Depa bahan (perli) kami ka - Lepas tue mula nak gaduh. Biasalah budak2 muda di PLKN semuanya nak tunjuk hero.
Hero kem tue semuanya ntah kemana la nie, aku sendiri pun tak tau. Cuma beberapa orang sahaja yang masih contact dengan aku sampai sekarang. Depa pun macam2 cerita aku dengar sejak depa keluar dari PLKN. Semoga mereka semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah. Amiiinnn..
Tuesday, September 24, 2013
Mengata Dulang Paku Serpih
Di masjid semasa solat jumaat:
Ramai gila orang keluar masjid lepas bagi salam, tak sempat baca doa lagi. Langkah melangkah bahu nie biasalah. Aku pernah jugak terfikir, orang kita nie mai semayang jumaat sebab apa?sebab dah maklum semua orang lelaki kena mai semayang jumaat ja kot. Kalau semayang jumaat xpayah jemaah, for sure ramai la yang miss macam semayang waktu yang lain. Tue pun ada jugak geng2 yg relax buat muka selamber ayam lintas kt MRR 2 makan, minum n sembang2 kat opis time orang tengah semayang jumaat kt masjid.
Yang tak pi semayang jumaat, kita tinggalkan depa sat. Nie cerita hak pi semayang jumaat dulu. Macam aku cakap tadilah. Ramai yang blah balik lepas orang bagi salam. Habes semua tak kira engineer, doktor, blogger, ahli politik, penulis novel mahupun penjual air soya ais selepas solat jumaat. Pelik!
Tak pelik ka?
"Mengata Dulang Paku Serpih.."
Orang melayu kita nie, ambik mana yang untung depa dan tolak mana yang rugi depa. Takda pendirian yang tetap. Contohnya: Kalau hampa baca kat blog, twitter dan macam2 lagi jenis laman sosial. Ramai orang marah bila Wahbi/Salafi tak baca doa lepas semayang. Bermacam-macam hujah tak berbalas dilontarkan kepada kumpulan tersebut. Tapi bila hari Jumaat, lepas semayang jumaat ahli hujah tadi pun blah sama saja. Masa nie dia tak kata dia wahbi/salafi pulak sebab lepas semayang jumaat tak baca doa. Blah macam tue saja. Masuk opis, pi makan dan sebagainya. Dalam konteks negeri yang bekerja pada hari Jumaat.
Tak Wahbi/Salafi pulak kiter tue ye?
Monday, September 16, 2013
Sabar Orang Lelaki
Di awal pagi yang sejuk dan hening ini, mengantuk sangat tapi aku tak boleh tido sebab duk basuh baju tak abes lagi. Memanglah esok aku cuti tapi kalau tak basuh dan sidai malam nie, makanya lusa tak sempat keringlah nak pakai gi keja.
Dikesempatan menunggu mesin tue berputar2, aku ingin menulis tentang pengalaman 2,3 hari lepas. Orang cakap kalau nak tengok lelaki nie jenis sabar ke tidak. Haaa tengok masa dia drive. Aku sedikit ralat dengan penyataan tersebut sampailah sendiri terjadi kepada aku.
Memandu dari Wangsa Maju ke Cheras ikut MRR2 yang biasanya 30 minit atau hanya 15 minit kalau naik motor. Aku drive petang jumaat lepas 2 jam. Hoooo hangin satu badan macam masuk hantu. Ditambah pulak adanya 'pelesit kota' yang menyusup laju macam adegan Batman dengan motonya cilok celah-celah kereta dalam filem Batman: The Dark Knight. Aku nak tukar lane pun susah. Kang terlanggar aku pulak yang disalahkan. Biasalah kalau accident moto dengan kereta nie, 90% kebarangkalian pemilik kereta akan dipersalahkan.
Bukan korang tak tau, bbudak moto nie brotherhood kuat. Walaupun tadi pakat laju atas jalan sambil bersaing skill masing-masing, kalau ttiba bila sorg jatuh accident dengan automatik mat moto lain akan brenti dan jadi geng ngan moto yang jatuh tadi walaupun tak kenal sepatah habuk pun. Tengok We're Malaysian. Lagi otai brader-brader moto td kalau yang drive tue akak/adik perempuan.
Adalah satu kejadian Jumaat, 13 september yang lalu. Aku stuck dalam traffic jam lah menuju ke Cheras yang mengambil masa 2 jam tue. Lalu kt flyover Ukay Perdana tue. Tiba-tiba ada lampu torchlight suluh kiri kanan. Accident la tue, dalam hati aku. Sah la, accident bila aku lalu, dekat lane paling kanan ada nampak serpihan-serpihan plastik pecah, terburai. Ada sebijik sorang brader moto terduduk sandar dekat divider jalan. Helmet tak buka, dikelilingi orang yang tunduk, maybe tengah cakap dengan dia. Ada pulak 3,4 biji motor parking sekeliling tempat kejadian.
Depan lagi pulak, ada sebji kereta kancil melintang jalan menghadap ke divider jalan tue, sebelah kereta kancil tue ada sorang awek (gadis) sedang duduk menutup muka dengan tangan. Macam tengah nangis ja. Aku tak taulah apa cerita kemalangan tersebut. Namum Brotherhood brader-bradaer motor memang nampak terselah disitu. Aku meneruskan perjalanan dalam traffic jam tersebut.
At least kejadian sebentar tadi melembutkan sedikit hati aku, kembali ingat kepada Allah. Habes lari jin-jin yang merasuk badan dalam kereta sorang-sorang tadi.
Sampai saja dekat Petron, sebelum simpang masuk ke Jalan Kuari tue. Aku singgah sebentar nak ke toilet n solat maghrib. Menunggu di toilet pun ada kisah yang memanaskan hati aku. Namun cerita-cerita toilet nie tak payah la cerita kat sini.
Di surau kecil Petron pun ada kisahnya jugak. Aku siap ambil wuduk untuk bersolat. Ada sorang bangla sedang cuci laluan air dekat tempat ambil wuduk diluar surau. Bagus bangla nie. Melayu ada? Jangan stereotype dengan bangla. Even mereka hanya pengisi minyak di stesen minyak atau guard apartment. Kebanyakkan diorang lebih bagus daripada guard-guard melayu yang muka tak malu kacau gadis yang lalu lalang depan pondok tempat mereka berjaga.
Sambung cerita solat maghrib di surau Petron. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Waktu Maghrib pun dah hujung-hujung. Lebih kurang 10 orang menunggu diluar surau hendak menunaikan solat, gara-gara ada Imam kat dalam yang berwirid dan berdoa panjang lebar macam solat dekat masjid/surau kawasan rumah sendiri. Ini lagi satu benda yang boleh menimbulkan kemarahan dalam hati orang dan boleh menimbulkan fitnah kepada Islam dan akhirnya memecah belahkan umat Islam sendiri.
"Yang hang duk berwirid, berdoa apa panjang-panjang. Tak nampak ka jam pukul berapa dah? Tak nampak ka orang tengah beratur punyala ramai kat pintu surau tunggu nak solat jugak? Apa punya orang Islam." - dalam hati aku.
Berdoa dan berwirid itu bukan wajib. Bukan rukun solat. Jadi, saya ingin berpesan kepada semua orang Islam yang ingin menunaikan solat di RnR atau surau-surau stesen minyak, stesen bas atau pasaraya. Tolonglah buka mata, pandang-pandang kiri dan kanan. Kalau sembahyang maghrib tue, tak perlulah berwirid dan berdoa panjang-panjang. Orang lain tengah beratur panjang nak solat pulak. Nak tunjuk rajin, mai surau SMKAY, kita qiyamullail start pukul 4.30 pagi sampai subuh. Ada bran!?
Kesimpulannya, post kali ini takda kesimpulan. Yang aku nak pesan ialah, marilah kita sama-sama mengamalkan Islam secara indah supaya apa yang kita buat tidak menjadi fitnah di mata orang lain. Fitnah kepada agama dan bangsa kita sendiri.
"Aku bukanlah Ostat, Aku pun baru nak Start"
Assalamulaikum.
Tuesday, August 27, 2013
Rig dan bukan platform
Assalamualaikum w.b.t
Alkisah..
tersebutlah kisah..
Aku sebagai seorang Drilling Engineer. Namun macam alien bila aku ceritakan apa benda aku buat atas rig nie tengah2 laut China Selatan.
Jadi ada baiknya aku jelaskan sedikit kecelaruan yang biasa aku hadapi. Terutamanya kepada orang-orang berkaitan dengan aku secara langsung kerana sedikit seganlah kalau ditanya dan mereka sendiri tidak tahu.
Macam isteri tak tahu apa kerja suami dia. Haa mcm tuelah lebih kurang keadaan dia.
Dalam post nie aku nak jelaskan perbedaan antara RIG dan PLATFORM.
Bila aku ke laut mesti orang akan tnya:
"naik platform mana?"
Jawab aku:
"saya tak naik platform =)..saya naik rig"
Ada beza ke?menatang apa pulak RIG tue?
Biar aku jelaskan apa menatang semua tue dalam bahasa manusia di bumi.
PLATFORM - biasanya kalau kerja petronas mesti dikaitkan dengan platform. Platform ini statik. Tak boleh gerak, itulah sebabnya biasa orang tanya "platform di mana?".
Platform ini tempat tengah laut tue (Kes pelantar luar pantai) yang dah mula produksi minyak atau gas. Dia memang tak gerak dah dan memang tak boleh gerak pun. Yang kat tengah laut dan menyala api tue, itulah platform generally.
Jadi sebagai JURUTERA PENGGERUDIAN, saya tidak bekerja di platform. Saya bekerja di Rig.
RIG - pun dibahasakan sebagai pelantar jugak tetapi nama penuhnya asal2 adalah Drilling Rig iaitu Pelantar Penggerudian. Rig tidak static, dia mobile. Dia boleh drill/gali/gerudi disana sini. Biasanya ikut kontrak, lepas siap drill di satu tempat dia akan berpindah ke tempat lain pulak.
Jadi sebagai Drilling Engineer susah saya nak jawab soalan "dimana". Sebab hari ini/bulan ini, rig ini disini, esoknya di tempat lain pulak.
Rig ini pula ada banyak jenis. Dan yang paling popular di Malaysia adalah jenis Jack-up, Semi-submersible dan Barge-tender. Cukuplah setakat ini. Nanti dalam2 pening pula.
Saya cuma nak bezakan platform dan rig sahaja.
"Saya Drilling Engineer dan saya bekerja di Rig dan bukan Platform."
Sekian.
Friday, August 23, 2013
Cinta, maaf aku pergi jauh
Assalamualaikum w.b.t
Moga sampai kasih dan sayang ini pada cinta yang jauh.
Menjadi seorang jurutera penggerudian atau saintifiknya disebut DRILLING ENGINEER, bukanlah kerja yang mudah walaupun hasilnya agak memuaskan.
Cabaran untuk berada jauh dari ahli keluarga dan cinta untuk beberapa lama amatlah berat bagi hati aku yang sudah sekian lama asyik berjauhan sejak aku meninggalkan zaman persekolahan.
Dari Pahang, kemudian ke Perak, kini pula di Kuala Lumpur. Baru hari hari ini aku ingin melepaskan rindu-rindu yang berbekas di hati. Kemudian aku ditakdirkan pula untuk tidak berpijak di bumi yang sama.
Jauh di tengah laut biru terputus hubungan. Saat aku dan cinta saling memerlukan antara satu sama lain untuk meneliti jalan-jalan impian yang bakal kami lalui di masa depan.
Beberapa hari lagi perlu aku lalui. Cinta tuggu aku di bumi bertuah itu. Bumi tempat kita bertemu. Bumi tempat kita saling jatuh hati dan berjanji sehidup semati. Di bumi itu juga kau akn ku temui nanti.
Tunggu kepulangan rindu mu ini.