Saturday, April 23, 2011

maafkan aku adik..

sedang pengguna nokia express music c5130 berjalan menuju ke masjid untuk solat jumaat bersama-sama pengguna iphone 4, blackberry dan pelbagai lagi handphone mahal masing-masing. aku terlihat seorang budak kecil yang mungkin berumur 7 atau 8 tahun. baju melayu ungunnya diseterika rapi dengan songkok hitam dan ada kesan-kesan bedak diwajahnya yang naif. adik itu berdiri dibawah bahang terik panas matahari ditepi laluan pejalan kaki menuju ke masjid kLcc, masjid paling dekat untuk ku tunaikan kewajipan di hari jumaat. aku meraba poket tepi ku, tempat yang selalu ku simpan sekurang-kurangnya RM1 untuk mereka-mereka yang diberi ujian dunia.

namun aku kecewa, dek tergopoh gapah aku ke masjid tadi. semua barang aku ditinggalkan di meja pejabat, yang ada pada aku sekarang hanyalah pass masuk ke menara megah itu. aku melihat begitu ramai pejalan kaki, pemegang iphone 4 dan blackberry melepasi budak itu. namun tiada siapa yang ringan tangannya untuk memasukkan sedikit sumbangan ke dalam tabung bertulis "sumbangan untuk menukar botol..." yang dipegang oleh adik itu. aku nampak ada 1 botol pelik di dalam poket bajunya, sudah ku tahu adik itu mengalami satu penyakit yang tidak membenarkan dia membuang air secara normal.

"assalamualaikum.."
"waalaikumsalam.."

aku melepasi adik tersebut, "ya Allah engkau sahaja mengetahui apa yang aku rasa, engkau selamatkanlah hambamu yang masih kecil dan tidak mengerti permainan dunia itu". hanya itu mampu ku lakukan di ketika itu..

"maafkan aku, adik.."

No comments: