Thursday, August 4, 2011

4 ramadhan & mercun

bermula ramadhan bemulalah juga syawal fever, dimana persiapan hari raya turut bermula antaranya adalah baju raya, namun mmg xdpt dipersalahkanlah baju raya mmg perlu ditempah awal kalo xdpt la nk beraya dgn baju baru. kuih raya, kuih raya pun awal jugak, tgk kt guaq nieh, tempahan untuk segala biskut dah pun bermula. dalam banyak2 persiapan raya 1 ja yg amba xgema, mercun raya. hak nie sbenarnya xda dalam istilah raya aidilfitri. raya cina adalah orang main mercun.

mercun cina vs mercun melayu
penulis org pun orang melayu tp xpe sekadar cermin diri cermin bangsa. bila saja menyambut raya, mercun seperti menjadi kewajipan bg anak2 orang melayu dan pastinya akan ada keluar di dada akhbar cerita kehilangan anggota badan atau mati akibat mercun. keadaan ini sangat berbeza pada musim perayaan bagi kaum cina, belum pernah lagi penulis mendengar berita2 menyedihkan seperti di musim perayaan kaum melayu. kenapa ini berlaku? adakah kaum melayu hanya bodoh sombong dalam arena mercun ini?

hukum ( petikan dari suraukini.blogspot.com )
Ulamak memutuskan hukum bermain mercun ini HARAM. Sebabnya ialah seperti berikut:

1)Mudarat Kepada Diri
2) Mudarat Orang Lain

Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi - tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.

Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Ini boleh dikategorikan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak - kanak atau bayi hilang nyawanya.

Nabi s.a.w bersabda :
من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

3) Pembaziran

Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.  Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelanjakan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.

Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.

sekian,
jangan main mercun, berdosa...

1 comment:

ridhwan said...

post nie nak like.. :D