Sunday, August 28, 2011

Leaving Ramadhan with Pride

esok mungkin adalah hari terakhir kita melalui ramadhan dan sebagai yang kita semua ketahui dan pastinya terdengar di mana surau dan masjid di Malaysia, firman Allah dalam kalamNya yang bermaksud:

"Wahai orang orang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada umat umat sebelum kamu semoga kamu menjadi orang orang bertaqwa"
(al-Baqarah : 183)

telah disebut Allah dalam firmanNya objektif atau matlamat puasa itu adalah TAQWA. Pada detik ini sungguh cantik jika kita mula menilai sudahkah kita memperolehi taqwa. taqwa didefinisikan oleh ramai ulama', namun mudahnya penulis mendefinisikan taqwa sebagai satu perasaan betapa kecilnya diri kita sebagai hamba kepada Allah yang menganjurkan kita untuk menurut perintahNya, meninggalkan laranganNya dan berharap kepadaNya.

Hebatnya ramadhan ini tertonjol oleh lembutnya hati muslimin dan muslimat yang dapat kita lihat meningkatnya kuantiti ibadah yang dilakukan. Ramai yang berjamaah di surau dan masjid, ramai yang bersedekah dan umat Islam lebih berhati-hati untuk mengelak larangan Allah. Semua ini dilakukan secara bersungguh sungguh untuk memperoleh taqwa. 

Namun segala amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan perlulah ditolak kepada Allah dengan doa. Antara doa yang penulis belajar adalah kita dianjurkan memohon:

"Ya Tuhan ku, jadikanlah usaha-usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni dan amal perbuatanku sebagai amalan yang diterima" 

Iktibar dari pengajuran doa ini adalah suatu peringatan kepada semua umat bahawa setiap amalan yang dilakukan perlukan disudahi dengan doa berharap Allah akan menerima amalan kita. Rugilah andai segala penat lelah kita sepanjang ramadhan ini tidak diterima Allah.

Namun ada jugak terdapat beberapa perkara yang menghalang amalan kita daripada diterima Allah, antaranya adalah:

1. Makanan yang kita makan yang menjadi darah daging kita. Selagi mana wujud perkara yang haram dalam badan kita maka selagi itulah amalan kita tidak diterima.
2. Isteri-isteri yang tidur dalam keadaan suaminya marah kepada dirinya. Selagi si isteri tidak memohon maaf kepada suaminya maka selama itu amalannya tidak diterima Allah.
3. Anak yang hidup dalam keadaan tidak diredhai Ibu-bapanya. 

terdapat beberapa lagi sebab-sebab amalan kita tidak diterima namun 3 faktor diatas adalah antara yang utama. seperti mana kualiti ibadah dapat dilihat pada zahir seseorang manusia, begitu juga bilamana amalan tidak yang tidak diterima Allah, juga dapat dilihat pada zahirnya.

Ulama' berpendapat bahawa antara tanda-tanda amalan tidak diterima adalah seseorang pelaku amalan itu meninggalkan amalan tersebut secara drastik selepas musimnya atau pada erti kata yang lain adalah tidak istiqamah. pada ramadhannya beliau bersolat jamaah namun bila menjelang aidilfitri bukan sahaja tidak bersolat jamaah, ingin menunaikan solat pun menjadi suatu beban kepadanya. Maka jelaslah ibadah yang telah dilakukan tidak menepati syarat ke 3 amalan diterima Allah iaitu Ikhlas.

Saudara dan saudari sekalian, moga-moga dirahmati Allah.
Berhati-hatilah menghadapi Syawal yang bakal menjelang kerana andai tersalah cara menyambut Syawal , sampai kita terlupa kepada tanggungjawab kita sebagai muslim maka rugilah amalan-amalan kita sepanjang ramadhan.

Penulis, Muhammad Syafiq Syahidzat Sabri ingin menyeru kepada semua permbaca tuntutlah ilmu kerana ilmu kita akan merasa HEBATNYA BERGELAR MUSLIM. Dan dikesempatan menjelang Syawal tidak lama lagi, penulis ingin memohon Maaf Zahir dan Batin serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat dengan harapan Aidilfitri ini adalah tanda setiap diri-diri kita telah berjaya kembali kepada fitrah.   

No comments: