Monday, August 29, 2011

Nak Raya Pun Kena Ada Ilmu...

malam nie ase nk tulis tapi malas plak nk menaipnyer, xpelah saja nk sebar sebarkan dan uar-uarkan. xyah formal la yer mcm post sebelum nie.

seperti yang kita tahu Aidilfitri merupakan hari kemenangan kepada semua orang Islam yang melalui ramadhan secara bersungguh sungguh, tekun dan sabar. ada org sanggup naik kreta pusing 1 kedah dari 1 masjid ke 1 masjid untuk merasai keindahan solat dan mengutip pengalaman bila berkelana, punya la bersungguh-sungguh. ada orang tiap2 malam qiyam ataupun 10 malam terakhir tiap pagi bangun pukul 4pg, solat tasbih, solat tahajjud, solat taubat dan lain2 solat lagi, punya la tekun. ada orang lengkap 29 malam solat terawikh 20 walaupun hujung2 nie ada surau atau masjid dah tinggal imam dgn bilal tp dia solat jgk sampai 20 punya la sabar.

hebat orang2 mcm nie...

tapi bila tiba sahaja syawal, rugilah kalau orang yang mcm nie terus hilang terus xnmpak lg di masjid. dalam 1 hadis Nabi Muhammad S.A.W meluahkan rasa kasihan kepada sorg hamba Allah: "Semoga Allah mengasihani abdullah..." kerana orang itu di ramadhan dia bangun setiap hari dia solat jemaah, baca quran, qiyamullail tp bila berakhir ramadhan, masuk saja syawal dia terus tinggal semua amalan yang dilakukan di ramadhan. Nabi S.A.W sendiri mengasihani org2 seperti ini. 

jadi Syawal yg tiba ini perlulah kita beringat-ingt kerana dalam Islam org yang diingatkan itu akan mendapat kebaikkan dan orang yang memperingatkan juga beroleh kebaikkan. 

jadi berpesan2 kepada sanak saudara serta sahabat sahabat kita, antara amalan sunnat yang dianjurkan kepada kita bila menjelang hari raya Aidilfitri:

1. yang pertama pada malam raya ialah bertakbir Allahuakhbar atau lebih cantik takbirnya ialah takbir raya. kalau xmau bertakbir bertasbih, Subhanallah. kalau xmau tasbih bertahmid, Alhamdulillah. kalau semua xmau baik duk diam2. tidur sahaja. jangan duk pi tunggu expo mlm tunggu harga baju turun. sbb dekat sana banyak permandangan2 yg akan merosakkan amalan kita.

2. yang kedua bila berakhirnya malam bangun pagi, mandi sunat Aidilfitri. seboleh2nya mandi sebelum menunaikan solat subuh. cara mandi sunat nie ada maccam maccam. berdasarkan ilmu dari tazkirah2 raya saranan para Ust. adalah mandi seperti mandi wajib cuma niat sahaja mandi sunnat aidilfitri. 

3. yang ketiga lepas mandi sunat, pakai pakaian yang terbaik atau dalam bahasa kita, pakai hak yang paling baru. kalau xdak yg baru pakai yang plg bersih dan cantik.

4 yang keempat. dah siap pakai baju semua, pakai wangi-wangian. nie sunnat nie..pakai la one drop ka apa lg munif hijjaz ka..xkisah janji wangi amik sunnat.

5. yang ke lima. dah siap semua makan dahulu sedikit sebelum keluar ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. yang lebih afdal itu makanlah kurma dalam bilangan yg ganjil. kalau sebelum nie xbiasa makan pagi. tp pagi raya tahun nie buat record sikit, demi amik sunat nie..setahun sekali saja nie.

6. yang keenam, lepas siap semua ada yang nk beraya dulu dgn keluarga silakan. kemudian pergi ke surau atau masjid. ikut jalan jauh. kalau boleyh ikut jalan paling jauh yang termampu. sebab apa? sebab di pagi raya Malaikat akan beratur di sepanjang jalan mendoakan orang2 yang melaluinya untuk dgn niat untuk menunaikan solat sunat aidilfitri supaya si fulan itu dirahmati Allah dan kembali menemui ramadhan yang akan datang. kemudian sesudah selesai solat sunat aidilfitri, balik ke rumah ikut jalan paling dekat. sunatnya adalah mengambil jalan yang berbeza. td dah jalan jauh balik amik jalan dekat la pulak..

7. yang ketujuh, sunat dianjurkan untuk kita menziarah kubur. tidak ada masalah untuk ziarah kubur walaupun ziarah kubur hari2 lain pown boleyh tp sunat dianjurkan di pagi raya untuk menziarah kubur. moga dengan rasa rendah diri dan takut pada Allah akan diterima segala doa dan mengingatkan kita untuk membawa bekalan yang cukup untuk ke alam barzakh.

8. yang kelapan. sunat untuk kita ziarah menziarahi. sepanjang syawal nie kita dihidangkan pelbagai rancangan tv dari tv1 sampai tv9. belum masuk astro lg..sapa ada astro xtau la..so jgn duk kt rumah ja..pergilah menziarah jiran, kawan, saudara dan lain2.

9. yang kesembilan iaitu yang ke penghabisan. pelihara ketaatan dan taqwa kita di dalam ramadhan. lepas ramadhan quran jg terus tinggal, solat jemaah perlu diteruskan, qiyamullail, sedekah dan amalan2 lain. kalau xboleyh buat setiap hari pun buatlah beberapa kali dalam sebulan untuk memelihara taqwa dan ketaatan kita. kualiti ramadhan kita terletak pada sifat kita sesudah meninggalkan ramadhan. 

sekian tazkirah raya.
penat jari dan menaip...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
minx maaf tahun nie penulis xhantar kad raya...xsempat nk g beli...
insyaAllah tahun depan andai dipanjangkan umur..

renung2kan dan selamat beramal

2 comments:

Anonymous said...

Salam alaik..

Tidak ada sebarang dalil yang terang tentang menziarahi kubur pada pagi Hari Raya. Ini hanya merupakan amalan kebiasaan orang-orang Islam kita di sini. Ziarah pada waktu khusus seperti yang berlaku pada Hari Raya boleh menyebabkan dosa kalau kita menganggapnya sebagai satu suruhan agama padahal tidak ada sebarang suruhan menziarahi kubur pada hari yang tertentu. Lebih-lebih lagi kalau penziarahan itu merupakan sebagai satu temasya dengan sebab yang berkunjung memakai pakaian yang berwarna-warni serta membawa bunga untuk diletakkan di atas kubur, penjualan minuman dan sebagainya, inilah yang dilarang oleh Nabi Muhammad saw berdasarkan sabdanya yang bermaksud: “Jangan kamu jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya”. Begitulah juga larangan ini mencakup kubur sesiapa pun. Dengan ini jelas menziarahi kubur pada Hari Raya secara khusus itu tidak ada sandarannya dalam Islam.

Wallahualam..

inspirasi arjuna said...

waakaikum salam,
terima kasih atas teguran,
salah sebut/taip/tulis..

bukan disunatkan tp dianjurkan untuk kita menziarah dan berdoa kepada si mati...

kerana sudah menjadi kebiasaan kebnyakkn org kita menziarah kubur hanya di pagi raya...jika ditegah pastinya xkan mereka menziarah kubur di hari2 lain..

jadi dianjurkan ke kubur dan berdoa kepada si mati, moga2 doa kepada si mati dengan penuh rasa takut kepada Allah dan rasa hamba itu mempertingkatkan taqwa kepada Allah...

tidak dianjurkan segala bunga dll...

sekian..