Friday, November 18, 2011

Arjuna Menangis

Materialistik!
rosak, otak2 kita semua dah dirosakkan dengan kuman2 yang telah berjaya mencipta satu tembok ilusi dalam diri kita dan meletakkan kita dalam 1 kotak yang tertutup. tertutup mata, hati & kretiviti. kotak akademik dan pencapaian atas kertas. manusia menjadi hamba kepada ilmu yang sedikit tapi buta pada luasnya ilmu dan cara menilai kehebatan ilmu seseorang. kita membanggakan keputusan upsr, pmr, spm, sarjana dan sebagainya tp mereka juga berakhir sebagai penanam anggur.


wawawawa..tuelah apa yg aku dpt dr filem Taare Zameen Par dari Aamir Khan Production. filem tahun 2007 ini mungkin langkah pertama Aamir Khan untuk keluar dari tipikal cerita hindustan dengan hero dan heroin yang boleh menyanyi di banyak tempat dan kemudian bertukar2 baju dengan sekelip mata dan tetiba muncul penari ramai2 dr mana ntah. 

filem Taare Zameen Par tak sebegitu. ia ada mesej yg nk kuat nk disampaikan, bagaimana kita sepatutnya menghargai setiap insan yang ada dimuka bumi xkiralah dia ada dpt 1A,2A,3A,4A atau 5A dalam upsrnya. setiap kanak2 itu istimewa dan kita sebagai org dewasa perlu untuk mencari dan mencungkil talent mereka. filem ini box office dengan kutipan 27.38 million world wide.

plotnya mengisahkan sorang kanak2 bernama Ishaan Aswanthi yang mempunyai penyakit Dyslexia. secara ringkasnya pesakit dyslexia tidak dapat mengenal dan membezakan subject yang dia rasa dengan deria contoh susah membezakan huruf "b" dan "d" menjadikan mereka sukar membaca dan menulis.

Ishaan Aswanthi, 8 tahun, yang mengalami masalah yang sama menimbulkan pelbagai masalah di sekolah untuk menyembunyikan kekurangan dalam dirinya. dia lebih gemar melihat dan duduk dalam dunianya sendiri. bebas dalam imaginasi kanak2nya. namun menjadi masalah apabila kawan2, cikgu dan keluarga selalu memberi tekanan kepadanya. prestasi akademik Ishaan yang teruk telah menyebabkan dia dihantar ke sekolah asrama kerana ayahnya dah tak sanggup nk tahan malu dengan complain dr cikgu2 dan jiran tentang Ishaan yang dikatakan pembawa masalah.

Ishaan mengalami tekanan perasaan semasa di sek asrama kerana tak da sesapa yang faham apa yang dihadapinya. disuruh membaca sesuatu yang dia sendiri xtau apa bnda yg dia baca, disuruh mengira nombor2 yang selalu menjadi musuhnya. Ishaan "crack under pressure". sehinggalah hero datang..

cikgu seni "Ram Shankar Nikumbh" lakonan Aamir Khan yang mengembalikan confident kpd Ishaan dan menyelamatkan Ishaan, pelajarnya dari terus tenggelam dalam kegelapan hidup dengan manusia tipikal. 


apa yang terjadi seterusnya?
korg kna tgk sendiri...2 kali dah ak tgk citer nie dua2 kali aku menangis macam baby..huhuhuhu..terutama skali pada bermulanya 2:30:40 filem tue..terharu dan amat touch sampai ke dalam tulang sum sum aku.

dari 10,filem nie aku bg 9.7 bintang...

3 comments:

amniey said...

dah tengok citer 3 idiot?pon best jugak...pelakon amir khan jugak..

inspirasi arjuna said...

dah :)..btol3 citer tue best..pastue pasal engineering plak kn..kiter student engineering nie lg excited la nk tgk..hehehehe
tgk tahun lepas..tue pun tgk bnyak kali jgk...

pengembara_cahaya said...

memang cerita yang terbaik...

membuktikan bahawa kejayaan itu bukannya datang dari kesempurnaan seseorang itu tetapi dorongan orang-orang di sekelilingnya juga penting yang menyebabkan dia berjaya atau gagal...