Tuesday, December 13, 2011

Cerita Hantu

menyahut seruan cerita hantu dari bro zulfikar hazri

Aku menulis cerita hantu ini selepas balik dari kelas Advanced Drilling Engineering.

Kisah ini berlaku dikampung mak aku sewaktu mak aku masih lagi ber"title" gadis. Apa yer nama kampung mak aku tue. Aku pun dah lupa, ia berdekatan dengan Pekan Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman. Takpe nanti aku ingat aku bagitau.

Selasa malam rabu.
Seperti biasa, Aku, mak, dan adik adik aku akan layan drama melayu "Jangan Pandang Belakang" di TV2 lakonan Ashraf Muslim.

Lepas jer drama tue abes, mak aku pun mulakan cerita dalam keadaan bersantai dan kami semua memang plan nak tido depan TV (biasalah, cuti sekolah).

Arwah tokwan aku rajin ke masjid (tidak seperti cucunya ini huhuhu), menaiki basikal tua miliknya. Jarak rumah dan masjid tidaklah jauh. Barangkali dalam 500-700meter macam tue.

Tapi ada pagi tue, entah macam mana arwah tok wan aku hanya berjalan kaki pergi ke masjid untuk solat subuh. Mungkin sebab nk jalan balik ramai ramai kowt lepas solat subuh nanti, boleh singgah kedai kopi sembang sembang rakyat.

Lepas setel suma, maka beramai ramailah orang keluar masjid menuju ke rumah masing masing, termasuk arwah tokwan aku. Relax, sembang sembang, santai gitulah dengan beberapa orang jiran yang melalui jalan yang sama untuk pulang ke rumah. Langit pun masa tue gelap lagi, dengan angin yang sejuk nie, pekena kopi panas nie..memang terbaekkk..

tetiba,

"Shuhh! Shuhh! Shuhh!.." Diorang terdengar ada macam ada suara perempuan tua sedang menghalau ayam.

Bunyi tue pulak datang dari dalam hutan kecil sebelah jalan yang diselaputi oleh batu batu carbonate putih. Apalagi, berbekalkan semangat kejiranan yang tinggi arwah tokwan aku bersama beberapa orang rakannya simpan kopiah lebai, selak kain pelikat, masuklah dalam hutan kecil tue mencari. Bunyi apa tue agaknya yer?

Kumpulan mencari ini diketuai oleh Pak Man, tak silap aku. Merangkap JKKK kampung tersebut dan jugak popular dengan gelaran pendekar parang terbang, dia la lead group mencari nie. Segala semak semak tue diorang redah. Sampailah ke hujung sebelah sana hutan tue yang berdekatan dengan sawah padi.

"Allahuakhbar!" Jerit si pendekar parang terbang. Korang tau apa diorang nampak?

Che Tom kowt namanya, ehh bukan Che Tom, tapi kepala Che Tom dengan segala isi perut dia yang terjuntai dari leher dia, tersangkut kat ranting ranting kayu. dekat semak tue.

Korang mesti nak tergelakkan. Kurang ajar, biar aku abeskan cerita dulu.

Che Tom tue tengah halau ayam yang duk patuk2 isi perut dia yang sangkut kat ranting semak tue. Tapi orang zaman tue rata-rata miliki ilmu kebatinan yang tinggi. So diorang pown dengan beraninya pergi goncang semak tue supaya Che Tom terlepas.

Gambar sekadar hiasan: Hantu Penanggal

Lepas kejadian tue, riuhla kampung dengan cerita Che Tom mengamalkan ilmu sesat dan dia sebenarnya Hantu Penanggal.

Hari tue jugak, orang kampung pergi ke rumah Che Tom di hujung kampung sana. Namun Che Tom takda, yang ada hanyalah suami dia. Diorang bagitau suami dia, tapi mati mati suami Che Tom tak percaya.

"Kalau hang tak pecaya! malam nie lepas bini hang tidoq, hang alih badan dia bagi meneghap, tengok dia bangun dak esok pagi" Arwah tok wan aku bersuara. Kemudian diorang pun baliklah rumah masing masing meninggalkan suami Che Tom tue.

Diceritakan,
Malam tue memang lepas tidur, suami Che Tom alihkan badan dia supaya meniarap. Dan keesokkannya memang Che Tom tak bangun dari tidur. Ada yang cakap, keesokkannya suami dia tengok badan Che Tom takda kepala dan for sure la tak bangun.

Suami Che Tom lari menghilangkan diri dari kampung tue. Takda sapa yang tahu kemana dia pergi.

Lama selepas tue,
Sebelum keluarga arwah tokwan aku berpindah ke Kampung Kuala Sala, Paksu, Paklang dan Mak aku pergi ke rumah Che Tom jenguk jenguk tengok, untuk make sure, btol ke cerita orang kampung nie.

Memang rumah tue ditinggalkan, sunyi dan usang. Mak aku cakap diorang adalah jugak intai intai celah dinding papan rumah tue yang dah reput. Tak nampak pape, gelap.

Tetiba ada suara perempuan gelak mengilai

Apalagi, berlari la Mak aku dengan adik adiknya balik ke rumah.

P/S I: Segala nama dalam cerita nie, maybe salah sebab aku pun tak ingat sangat nama nama yang mak aku cerita tue.
P/S II: Seram tak?
P/S III: Kalau rajin sila post pengalaman cerita hantu korang yang meremangkan bulu tengkuk korang.

2 comments:

pengembara _cahaya said...

haha...macam mana ntah tiba-tiba aku hanya tertarik pada sembang rakyat tu ja...

inspirasi arjuna said...

sinis tue hehehehe